mobicow

Sabtu, 5 September 2015

Umpan Memancing Ikan Pari


Umpan Ikan Pari

Penggunaan umpan sesetengahnya mengikut tempat dan lokasi pancing. Boleh rujuk kepada penduduk setempat jika ingin kepastian. Umpan yang disebutkan ini adalah jenis umpan yang biasa dirembat sang pari. Oleh kerana pari ikan yang suka mendap di dasar, peralatan halus dan lembut bukanlah lawannya. Saiz minimum yang disyorkan ialah 20 paun atau PE2.

Umpan yang biasa digunakan memancing pari adalah:


1. Udang hidup











2. Sotong cumit
3. Sotong jarum hidup
4. Sotong mati tapi yang belum kena ais










5. Sotong kurita
6. Sotong katak kecil
7. Ikan jajang (seperti belacak sungai)
8. Ikan belanak
9. Selayang/ selar kuning di potong dua
10. Anak ikan bebolos
11. Anak ikan gelama
12.Ikan kembung
13. Perumpun
14. Ikan tamban dan
15. Ikan beliak mata






Waktu Memancing Ikan Pari




Waktu sesuai ialah ketika arus tidak terlalu laju dan waktu di antara
berlakunya perubahan pasang surut air.
Pari menelan umpan tidak kira masa, sama ada pagi, petang dan malam.




Teknik Memancing Ikan Pari




Pari apabila menelan umpan dan terasa tekanan yang dikenakan
ke atasnya akan mula melarikan diri. Tenaga yang di miliki pada permulaan
ini sukar untuk ditangani pemancing. Jika berlaku keadaan ini kita perlu beri tali
tapi jangan terlalu longgar dan tunggu sehingga larian pari lemah. Semasa memberi tali,
pada masa yang sama sentiasa berikan tekanan pari pari bertujuan meletihkan ia.
Jika ada peluang mengarau tali lakukan tanpa ragu-ragu. Bermain dengan pari
banyak memerlukan kesabaran terutama apabila ia memekap di dasar
dalam jangka masa yang lama.




Jenis Ikan Pari




Jenis pari yang biasa makan umpan pemancing ialah pari benting,
pari harimau, pari minyak, pari lalat, pari pasir, pari nyonya,
pari daun, pari kulim, pari tanjung, ketuka dan kadang kala pari lang.


sumber: www.http://blogpancingelih.blogspot.my/2014/08/umpan-memancing-ikan-pari.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan