Biarpun ikan ini dikatakan pelahap kerana tidak kisah untuk membaham apa saja jenis umpan, tapi ia tidak bodoh. Ikan kerapu bijak memakan umpan sehingga kita tidak terasa pun kehadirannya. Apa teknik untuk menewaskan sang kerapu gergasi? Entri kali ini member anda beberapa teknik yang boleh diguna pakai.
Perlahan-lahan
Ikan kerapu akan makan umpan dengan berhati-hati. Ketika memancing ikan ini, anda digalakkan untuk bersabar dan tidak terllu kerap memeriksa umpan. Sang kerapu biasanya akan ‘serang hendap’ umpan perlahan-lahan sehingga kita tidak perasan kehadirannya. Periksalah joran anda ketika tali koyan kelihatan tegang. Mungkin umpan sudah ‘mengena’ ketika itu.
Jangan panik
Jika sang kerapu membawa umpan lari ke sebalik batu, biarkan. Jangan tarik tali pancing anda. Kendurkan sedikit tali pancing untuk memberinya ‘privasi’.
Kepala ikan kembung
Antara umpan terbaik untuk ‘memerangkap’ sang kerapu bersaiz besar (melebihi 1kg) adalah dengan menggunakan kepala ikan kembung. Bukan satu janji anda akan berjaya menumbangkan sang kerapu, tetapi boleh dijadikan inisiatif. Mana tahu ada ‘luck’?
Spot yang sama
Katakan anda dapat seekor kerapu di satu spot itu, teruskan memancing di situ. Untuk lontaran seterusnya, cubalah di spot yang sama. Biasanya sesuatu kawasan itu dihuni oleh beberapa ekor kerapu pada sesuatu masa.
Air surut
Sang kerapu lebih banyak keluar ketika air surut. Mungkin kerana pada ketika ini banyak ikan-ikan kecil berenang dan memudahkannya untuk ‘cari makan’.
Sediakan peralatan yang sesuai
Jangan gunakan tali pancing bersaiz kecil atau joran bersaiz sederhana. Dikhuatiri tidak mampu menewaskan sang kerapu, sudahnya tali putus. Sang kerapu entah ke mana. Rugi.
Jangan berhenti cuba
Umpan diluah atau ikan terlepas perkara biasa. Semua kaki pancing wajib mengalami situasi ini. Jangan mudah berputus asa. Teruskan memancing. Nakkan hasil baik, anda pun harus mencuba betul-betul.
sumber: http://umpan.karangkraf.com/tip-tundukkan-sang-kerapu-1.319204
Tiada ulasan:
Catat Ulasan