Cara memancing Ikan Siakap Kolam sebenarnya tidak sesusah dan serumit cara memancing ikan siakap di lautan, pantai dan juga sungai.
Cara Memancing Ikan Siakap di kolam berbayar sebenarnya anda tidak perlu sangat memikirkan tentang Jadual Pasang Surut, waktu memancing, faktor cuaca dan juga kelengkapan. Apa yang anda perlu pratikkan adalah dari segi teknik memancing ikan siakap kolam. Selalunya terdapat beberapa Cara memancing ikan siakap kolam yang selalu di guna pakai oleh otai-otai kolam pancing berbayar air masin terutamanya ikan siakap kolam air masin. Terdapat pelbagai teknik yang aku pratikkan di kolam ikan siakap air masin ni. Ini adalah cara memancing ikan siakap kolam yang selalu aku gunakan iaitu teknik casting siakap udang kopek, teknik pelampong udang hidup dan teknik casting udang hidup. Cara Memancing Ikan Siakap Teknik Memancing Ikan Siakap Kolam Cara Casting Siakap Udang Pasar Kopek ini yang selalu aku amalkan ketika mula-mula belajar Cara memancing Ikan Siakap Kolam. Dulu masa mula-mula belajar memancing ikan siakap kolam ni aku asyik terlepas jer ikan siakap sebab tak tau masa mana nak bagi tali pada ikan bawa lari umpan, bila masa nak sentap ikan siakap dan bagaimana nak cari ikan siakap kat kolam. So aku kawan la dengan otai-otai kolam ikan siakap, belanja minum, belanja rokok lama-lama dapat la panduan berguna cara memancing ikan siakap kolam.
Yang paling best teknik casting ikan siakap kolam ni masa ikan siakap ambil umpan, terasa meremang bulu roma. Jangan terus sentap, bagi tali biar ikan siakap bawa lari umpan dan telan udang kopek dulu dalam 20-30saat. Lepas tu pastikan tali utama joran anda tegang baru sentap. Ini kerana Ikan siakap tidak terus menelan umpan cuma kepit di mulut sahaja selang beberapa saat barulah ikan siakap menelan Umpan udang kopek tersebut. Panjang perambut cara casting ikan siakap kolamyang selalu saya guna pakai ialah antara sejengkal sehingga sehasta dan di letak batu ladung kecil dan juga manik kecil berwarna. Cara Memancing Ikan Siakap Cara Casting Ikan Siakap Teknik memancing ikan siakap guna udang hidup pula, jarang saya guna kerana malas nak membeli atau mencari udang hidup. Guna udang kopek ni senang nak beli, ada kat pasar, pasaraya dan kat tepi jalan pun ada jual. Harganya lebih murah berbanding menggunakan Udang Hidup. Disamping itu udang hidup ni mahal sikit, lebih kurang RM1 seekor. Lagipun nikmat cara memancing ikan siakap kolam ini lebih kepada teknik casting. Kalau cara casting ikan siakap kolam menggunakan Gewang atau lures pulak, jarang kolam berbayar ikan siakap air masin membenar kan pemancing menggunakan Gewang atau Lures. Perambut casting Ikan Siakap Kolam Biasa kolam air masin jenis pancing lepas yang membenarkan cara memancing ikan siakap menggunakan Gewang atau Lures. Menggunakan udang hidup dalam Cara memancing ikan siakap kolam saya selalu gunakan pelampong dan juga teknik casting secara perlahan atau "slow". Mula-mula saya gunakan dahuluteknik casting slow menggunakan umpan udang hidup dah lama sikit baru gunakan pelampong pula. Bukan apa, teknik casting ikan siakap ni meletihkan bahu , kaki dan tangan juga. perambut ikan siakap Pelampong Inilah teknik yang selalu saya gunakan dalam Cara mancing Ikan Siakap Kolam Air Masin atau payau. Mungkin sesetengah pemancing menggunakan umpan anak ikan belanak, pisang ataupun anak ikan lampan dan juga hirisan ikan selayan ataupun ikan tamban. Terpulanglah pada kesukaan dan juga cara memancing ikan siakap kolam yang anda amalkan atau praktikkan. Kecerdasan ikan siakap di kolam juga memainkan peranan dalam Cara memancing ikan siakap kolam.Memancing Ikan Siakap Kolam juga anda perlu mencari pot terbaik ikan siakap kolam. Pot-pot ikan siakap kolam juga juga sentiasa berubah setiap hari bergantung kepada kemasinan air kolam, cuaca dan kecerdasan. Inilah serba sedikit yang saya dapat kongsikan tentang Cara Memancing Ikan Siakap Kolam Berbayar semoga berguna untuk panduan memancing ikan siakap anda. Sumber :ttip-memancing.blogspot.com
kolam pancing di batang kali selangor |
hasil yg dapat...boleh la buat lepas gian... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan