Cara-Cara Memancing Ikan Tengiri
Penggunaan set medium heavy dengan mainline 10lb ke 25lb
yang tidak berwarna sepanjang melebihi 200 mtr. perambut pula dari jenis
flourocarbon 20lb panjang 2 mtr dengan coated steelwire 20lb panjang 6"
menggunakan hook 2/0 dan 3/0.
Ikan tenggiri jenis batang
Arus mati.
Belon atau pelampung yang sesuai adalah digalakkan untuk
mengelakkan umpan berbelit dengan pancing lain. Jarak umpan dengan belon paling
kurang 4 mtr. Lagi panjang lagi bagus. Lepaskan umpan dalam jarak melebihi 30
mtr dari bot. Ikan hidup seperti selar dan kembong hendaklah dicangkut dalam
keadaan kepala mengarah ke hadapan.
Arus perlahan.
Penggunaan teknik floating tanpa ladung atau belon. tetapi
umpan ikan hidup hendaklah dicangkut dalam keadaan kepala menghadap bot. kalau
menggunakan multiflier reel, bolehlah ikat perambut steelwire direct kepada
mainline dengan ikatan albright dengan safety knot dihujung.
Arus deras.
Penggunaan teknik mid water dengan batu ladung bersaiz 2
atau 3. batu ladung dimasukkan kedalam mainline. setelah lepaskan ikan hidup
ladung hendaklah dipegang. hulurkan tali sepanjang 10 mtr baru ikatkan getah
gelung pada mainline untuk jadikan stopper ladung. lepaskan sepanjang 30 mtr
dari bot.
Untuk pancingan malam pula perambut 50lb digunakan manakala
steelwire 50lb pula hendaklah sepanjang 1 kaki. sekiranya bulan gelap cara
pancingannya pula berbeza kerana tenggiri hanya akan makan dibawah bayangan
cahaya lampu bot. bottom fishing tetapi dinaikkan sebanyak 8 meter. teknik
seperti siang boleh digunakan sekiranya bulan terang.
Hook Up:
hook up hendaklah dibuat dengan kuat beberapa kali supaya
mata yang disangkut pada umpan hidup boleh tanggal dan menyangkut pula pada
rahang ikan tenggiri. sekiranya ini tidak diambil berat kita akan kehilangan
tenggiri tersebut kerana rabut.
inilah serba sedikit yang boleh kawan berikan sebagai info
pada kenkawan semua.
kalau dilayan dengan slow dan smooth species ini mudah
menyerah tapi kalau ditarik dan dikarau ganas ia akan lebih ganas dan lambat
menyerah. peratus putus sangat besar. penggunaan light set dengan mainline 10lb
adalah sangat berkesan untuk menawan species ini tetapi ia akan mengganggu
kekawan lain kerana memakan masa yang lama. kalau medium heavy makan masa 5
minit, light set pula 7 minit.
Tentang kaedah pancingan tenggiri, kita perlu tahu yang
paling mustahak ialah spot.
spot 1: Spot karang yang mana tenggiri nya telalu banyak
hinggakan kalau dihulur apa saja yang bergerak akan dimakan seperti dilatuna
sarawak.
spot 2: merupakan karang yang sempit yang memang banyak
tenggiri menghuni disini dimana ramai nelayan pancing menjadi penunggu tetap
disini seperti karang ngah. mereka hanya memancing tenggiri sahaja dengan
mendapat hasil yang mencapai 40 hingga 50 ekor sehari.
spot 3: spot yang ada tenggiri tetapi tidak menjadi lubuk
nelayan kerana kalau ditunggu pun hasil nya tak seberapa. seperti didalam unjam
laut.
spot 4: spot yang karang nya sangat luas. dimana kita perlu
bergantung pada nasib untuk dapatkan species tenggiri.
spot 5: spot yang tiada rekod hasilkan tenggiri tetapi saja2
mencuba tetapi kadang kala dapat juga.
kaedah untuk spot 1:
semua keadaah sesuai digunakan tetapi sekiranya untuk dapat
hasil yang banyak pakailah perambut steelwire kasar dengan teknik bottom. bila
kena saja rentaplah terus naikan keatas bot. sekiranya nak kan keseronokan
pancing kawan syorkan pakailah light set dengan mainline 10lb, perambut steel
wire 20lb dan hook 2/0 cutting point.
kaedah spot 2:
memandangkan puluhan nelayan menunggu tempat ini sehari hari
jadi tenggiri disini sudah kenal benda asing yang dihulurkan pada mereka. line
berwarna atau braided, steewire hitam, kekili besar, umpan mati serta benda
asing seperti getah, manik danperambut kasar merupakan benda2 yang perlu dielakkan.
sehinggakan nelayan yang kita tahu terkenal dengan koyan dengan tangsi hingga
ratus lb hanya menggunakan perambut 15lb sahaja disini. melainkan dikala
permulaan species ini masuk ke sini setelah berbulan laut bergelora. ketika itu
keadahnya sama dengan spot 1.
kaedah spot 3:
dispot ini bolehlah kita gunakan teknik spinner atau sesudu
juga casting rapalla. kalau nak gunakan keadaah floating dan mid water juga
boleh. tenggiri disini tidak peka pada perambut atau benda2 asing kerana
sesekali sahaja mereka diumpan dengan benda asing.
kaedah spot 4:
disini trolling amat berkesan. keadah lain boleh digunakan
tetapi peratusan hasilnya sangat kecil dibandingkan dengan keadaah trolling.
kaedah spot 5:
disini kita hanya perlu tajul satu set untuk tenggiri denga
keadah floating disamping pancing bottom untuk species lain. kita tidak perlu
berharap pada tenggiri lebihkan tumpuan pada species lain. sekiranya ada rezeki
dapatlah seekor dua.
Perhatian:
species tenggiri tidak memilih arus. kalau arus laju tapi
faktor lain baik ia akan makan dan sebaliknya walaupun arus baik tetapi faktor
lain tidak baik alamat melangutlah joran kita.
Faktor2 tenggiri aktif.
1.cuaca baik setelah habis monsoon. tidak kira arus.(karang)
2.cuaca baik air jernih(biru kehitaman) tidak kira
arus.(karang)
3.cuaca tidak baik tapi arus baik.(unjam)
Teknik rentapan untuk pancingan tenggiri pula ada beberapa
teknik yang berkesan sesuai dengan set pancing dan keadah pancing yang kita
gunakan.
1. penggunaan light set medium fast action rod mainline 10
ke 15lb keadah hanyut dengan umpan hidup. sebelum pancingan dimulakan pastikan
dulu tension drag pada tekanan 80% dari kekuatan mainline. semasa umpan
diturunkan hendaklah perhatikan kelajuan pergerakan renangan umpan sekiranya
kelajuan pergerakan maintain teruskan dengan tension dalam keadaan off(free)
sekiranya ada rasa macam kelajuan renangan umpan bertambah dengan drastik,
jangan lengah terus saja sentap dengan kuat beberapa kali kerana umpan anda
sudah dimakan. semasa sentapan dibuat pastikan tension drag masih dalam keadaan
free. on kan drag bila saja mangsa membuat larian laju. biarkan tension dalam
keadaan 80% kekuatan line supaya mangsa cepat pancit.
sentapan untuk light set perlu sekuat hati kerana rod yang
lembut. daging umpan yang fresh masih liat jadi perlukan kekuatan untuk
koyakkan daging umpan supaya mata kena pada mangsa.
bila ikan tidak makan semasa umpan turun, on kan drag dan
parkinglah dekat holder. sekiranya umpan dientap, kekuatan drag tadi akan
buatkan hook kena kat mulut mangsa tetapi sekiranya kita lambat buat hook up,
umpan akan diludah dengan mudah sahaja kerana hook hanya melukai mangsa tapi
belum melepasi duri pandan. sentapan hendaklah dilakukan dalam keadaan rod
masih melengkung kerana dimasa itu memori pada rod dan line sudah sampai tahap
maksima. dengan cara ini hook akan menembusi daging pada mulut mangsa.
2. Penggunaan medium heavy set, mainline 25lb ke 30lb pula
sangat senang tetapi perlukan kepantasan kerana memori kelengkungan rod hanya
sedikit dibandingkan dengan light rod. setkan tension drag sama dengan cara
tadi dengan ketegangan 80% kekuatan mainline. bila saja ada rentapan dari
mangsa rod hendaklah disentap dengan kuat dan cepat. jangan pula bila rod
ditarik ikan, tension nak ketatkan, tali ikatan nak dibuka terlebih dahulu
barulah nak buat hook up . alamatnya putih mata. hook up terlebih dahulu
sebelum buat lain perkara barulah peratus untuk dapatkan mangsa lebih besar.
*Usaha tangga kejayaan....ada yg dah 10 tahun ke laut baru dapat seekor tenggiri...Alhamdulillah...
http://fishing-maniak.blogspot.my/
http://fishing-maniak.blogspot.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan