mobicow

Selasa, 29 September 2015

Cara memasang umpan ikan hidup

Jika kita menginginkan umpan hidup bermain di atas permukaan air dimana ikan yang diburu seperti ikan tenggiri, ikan layaran atau mersuji. Kita memasang mata kail pada umpan ikan hidup pada beberapa bagian supaya umpan ikan tersebut akan berenang hanya beberapa kaki di permukaan air. Kita memasang mata kail pada belakang ikan dekat dengan ekor, boleh juga memasang mata kail di bagian belakang kepala atau melalui mulut ikan umpan tersebut.

Cara memasang umpan untuk memancing ke dasar atau ke bawah (Bottom Fishing) :Jika kita menginginkan umpan hidup kita bermain di dasar atau di bawah permukaan air dimana ikan yang diburu seperti ikan gerepoh (GT), kakap. Kita memasang mata kail pada umpan ikan hidup pada di bagian tertentu supaya umpan ikan tersebut akan berenang di dasar laut atau di bawah air. Kita memasang mata kail pada belakang ikan dekat dengan ekor dimana kail di letakkan pada bagian bawah ikan.
cara memasang umpan ikan hidup
Cara memasang umpan untuk memancing di arus yang kuat atau menggunakan batu pemberat (Fast current or with sinkers) : Ketika kita memancing di arus yang deras, kita memerlukan batu pemberat untuk umpan ikan hidup agar tetap berada di tahap kedalaman yang kita tentukan. Kita memasang mata kail pada umpan ikan hidup pada beberapa tempat supaya umpan ikan itu hanya berenang di dasar laut atau di bawah air. Pasang mata kail di belakang kepala ikan dimana kail diletakkan pada bagian atas ikan atau melalui mata umpan ikan tersebut. Cara ini dapat membantu ikan tersebut berada pada tahap yang ditentukan dan juga ikan tidak akan mati dengan cepat.

cara pemasangan umpan hidup (udang)


cara pemasangan umpan hidup (udang)

umpan udang hidup merupakan pilihan utama kaki-kaki pancing untuk memancing ikan tidak kiralah memancing di kawasan air masin atau air tawar.. tapi tahukah anda cara untuk menggunakan umpan udang hidup itu agar ia tidak mudah mati atau tanggal dari mata kail ketika membuat balingan. mungkin perkara ini bukan lagi masalah bagi yang sudah lama dalam hobi memancing ini.. tetapi bagi yang masih baru dalam penggunaan udang hidup ini,, ini merupakan masalah besar kerana umpan tanggal dan tidak mendapat sebarang tangkapan berikutan masalah ini..

sebenarnya kita boleh cangkuk mata kail pada mana-mana badan udang itu asalkan ia tidak mengenai otak atau organ penting udang tersebut.. ada di antara mereka yang mencangkuk pada bahagian ekor udang tersebut,, ini adalah kerana ia lebih keras dari bahagian lain dan udang lebih selesa untuk bergerak di dalam air.. udang juga lebih tahan lama kerana ia masih lagi boleh bergerak dan tidak mengalami kecederaan yang teruk akibat dicangkuk mata kail.



                                                                         

                     

tetapi cara ini ada kelemahannya.. ini kerana ikan lebih tertarik pada kilauan merah mata udang tersebut ketika memburu makanan. jadi sering kali kita dapati bahawa kepala udang tercabut di baham ikan ketika memancing.. oleh itu, cara yang lebih efektif untuk mengcangkuk mata kail ialah di bahagian kepala udang tersebut... tetapi kita perlu berhati-hati agar mata kail tidak mengenai bahagian otak atau bahagian penting udang itu yang boleh menyebabkan udang itu mati atau tidak aktif dan tidak menarik perhatian ikan..
                                                                      


                                                                          

cara mencangkuk mata kail di bahagian kepala ialah berbeza mengikut jenis udang.. bagi udang pasir/putih, kita boleh cangkuk di bahagian depan kepala atau tanduk lebarnya.. bagi udang gantung pula tiada tanduk lebar di kepala.. maka kita boleh cangkuk di bahagian depan kepala atau bahagian cengkerang kepala,,, seperti bahagian pipi udang tersebut... tetapi cara ini terdapat kelemahannya... kerana jika tidak berhati-hati, udang itu akan mati kerana otak ditembusi mata kail. seperkara lagi ialah bahagian kepala ini adalah bahagian yang paling lembut.. oleh itu ia mudah tanggal ketika kita membuat balingan atau tersentak... jadi untuk mengatasi masalah ini.. kita tidak perlu menggunakan timah atau batu ladung ketika menggunakan teknik ini..

Teknik memancing sebarau (umpan hanyut)




Teknik memancing sebarau (umpan hanyut)
                                                                  



Sebarau merupakan sejenis ikan pemangsa air tawar yang bersisik di peraian Malaysia. Ia merupakan pemangsa yang agresif dan sangat gemar bermain di kawasan yang berarus. Lincah, cergas dan agresif ketika memburu anak-anak ikan atau udang kecil. Kepalanya seakan-akan kelah tetapi badannya lebih leper dan mempunyai ekor merah berbentuk “V” dan berbingkai hitam, di badannya terdapat satu belang hitam seakan-akan tali pinggang hitam taekwando. 


Untuk memancing ikan ini, kesabaran dan skill yang betul di perlukan untuk mendaratkannya. Ini kerana sifat ikan ini yang lebih suka berada di kawasan air berarus dan sangat sensitif dengan kehadiran manusia. Boleh juga memancing menggunakan cara biasa dengan menggunakan batu ladung tetapi ia bukanlah cara terbaik untuk memancing sebarau ini.

Terdapat 2 cara terbaik untuk memancing sebarau iaitu dengan menggunakan gewang (casting) atau dengan mengggunakan umpan hidup. Namun penggunaan umpan hidup adalah yang terbaik daripada yang terbaik. Dalam penggunaan umpan hidup untuk memancing sebarau ini, teknik umpan hanyut lebih berkesan kerana ia membuatkan umpan Nampak seperti anak ikan yang bebas dan semulajadi. Untuk memancing umpan hanyut, batu ladung tidak boleh digunakan kerana ia akan membuatkan umpan tenggelam di dasar sungai. Sebaiknya tali utama dihubungkan dengan Chili yang bersaiz kecil dan perambut yang halus dengan panjang lebih kurang sehasta. Gunakan mata kail yang lebih kecil untuk tidak membebankan umpan dan seterusnya menyebabkan umpan mati. Mata kail pula sebaiknya dicangkuk di bahagian mulut umpan (anak ikan) untuk membuatkan umpan berenang secara normal, jika mata kail dicangkuk di bahagian atas ikan, ini akan membuatkan ikan berenang secara melintang bila terkena arus, ini akan mencacatkan umpan dan sekaligus akan membuatkan si sebarau merasa curiga dan tidak membaham umpan.

Cara Ikan Makan Umpan

Cara Ikan Makan Umpan.

Setiap specis ikan mempunyai cara tersendiri memakan umpan ,ada yang menyambar, ada juga yang mencuit atau meroteh , ada jenis ikan yang menghisap masuk umpan dan lain lain lagi. Mengenal cara ikan makan umpan adalah penting sekali dan ini akan membolehkan kita memilih mata kail yang sesuai untuk memacingnya. Cara-cara ikan memakan umpan adalah:

1. Menyambar

Jenis ikan menyambar adalah selalunya jenis ikan yang bergigi tajam atau jenis ikan "predator" yang akan makan umpan semasa bergerak, mau pun ikan itu sendiri yang bergerak atau umpan bergerak. Ini selalu berlaku semasa kita memancing dengan kaedah menunda (trolling), "casting", atau memancing dengan umpan hidup (live baiting) atau umpan tiruan. Beberapa jenis ikan yang berkelakuan begini adalah, Ikan Alu Alu, Haruan Tasik, Ikan Yu, Ikan Siakap, Tenggiri, Gerepoh atau GT dan lain lain lagi.
Bagi ikan jenis ini saya mengsyurkan mata kail dari jenis "Tuna Hook" atau " Big game Hook" yang mana matanya menegak lurus kepangkal. Ini disebabkan apabila ikan tersebut menyambar pada umpan , mata kail akan terus mencankuk pada ikan tersebut.
Jenis mata kail ini juga mempunyai daya ketahanan yang kuat dan tidak akan melurus semasa hentakan. Kajian menunjukkan bahawa apabila ikan menyambar umpan, kekuatan hentakan adalah lebihkurang 10 kali berat badan ikan tersebut. Misalnya, sekira berat badan ikan itu adalah 10 kg maka kuasa atau berat hentakan adalah lebih dari 100 kg. Jadi bayangkan sekiranya mata kail itu tidak kuat atau bersesuaian maka ikan akan terlepas.

2. Ragut

Perkataan ragut bermakna jenis ikan yang memakan umpan yang tidak bergerak manakala ikan tersebut akan mengambil umpan dan melarikan diri.Ini selalu berlaku apabila kita memancing dasar (bottom fishing) atau mengambur (drift fishing) dimana kita mengunakan umpan yang mati.Kebanyakan ikan berkelakuan begini dan diantaranya adalah ikan Jenak, ikan Merah, Pari, Ebek dan bermacam macam lagi.
Bagi jenis ikan ragut ini, mata pancing yang disyurkan adalah dari jenis kail yang matanya membengkok sedikit atau dari jenis kail yang dipanggil " circle hook".
"Circle hook" adalah sejenis kail yang dicipta khusus untuk mengcakuk ikan hanya pada mulutnya.Walaubagaimana pun pengunaan kail jenis ini berbeza sedikit dari kail yang lain dimana kita tidak boleh menyetaknya.
Apabila ikan menarik umpan hanya mengetatkan kekili dan menegangkan tali pancing sahaja. Kail jenis ini akan mengena secara tersendiri apabila ikan bergerak kehadapan dan oleh sebab kail ini mempunyai bengkok dimatanya maka, untuk ikan melepaskan diri adalah tidak mungkin sekali. Melalui pengalaman saya purata ikan yang tercangkuk adalah 99.9 % dengan penggunaan kail jenis ini. Kelebihan lain pada penggunaan kail jenis ini adalah ikan yang terkena kail ini dapat dilepas balik hidup hidup kerana ia akan hanya tersangkut pada mulut dan sekiranya kita hendak melepasnya kembali ia tidak akan mencederakan ikan tersebut.

3. Memagut (Nibblers)

Ikan yang makan secara memangut adalah dari ikan yang makan dan berada ditempat itu.Ikan jenis ini tidak bergerak semasa mememakan umpan mau pun umpan bergerak, oleh demikian amatlah susah untuk kail mengena ikan tersebut secara tersendirinya.Jenis ikan yang suka memangut adalah, ikan gelama, ikan duri dan anak anak ikan atau ikan yang kecil saiznya.
Bagi ikan yang suka makan begini saya mengsyurkan kail yang jenis lurus atau mempunyai mata yang mendonggak ketepi (off set point). Disyurkan juga mata pancing yang digunakan janganlah terlalu bersar. Untuk mendapat ikan jenis ini kita perlulah cepat menyentaknya apabila dikesan ikan memakan umpan.

4. Menghisap (Sucking)

 Terdapat juga ikan yang menghisap umpan kedalam mulutnya seperti ikan kerapu,gongbelang , pelata bali, dan banyak lagi , Ikan dari jenis ini ada yang mempunyai gigi tajam dan ada juga yang mempunyai isang yang tajam untuk memotong umpan selepas umpan masuk kemulutnya.
Bagi ikan dari jenis ini saya menyurkan penggunaan kail yang mempunyai tangkal yang panjang .

Selepas kita memahami beberapa cara ikan makan umpan bolehlah kita memilih kail yang bersesuaian untuk kita pergi memancing dengan lebih konfiden lagi dan satu pesanan dari saya adalah kita harus mengamalkan konsep tangkap dan lepas pada ikan yang kecil dan ikan yang berlebihan. Ingatlah pada generasi dan anak cucu kita supaya mereka pun boleh memancing juga.

Pada siri yang akan datang saya akan menyentuh sedikit sebanyak tentang cara mengasah atau menajamkan mata kail dan alatan nya.

Cara-Cara Memancing Ikan Tengiri

Cara-Cara Memancing Ikan Tengiri


                                                         


Penggunaan set medium heavy dengan mainline 10lb ke 25lb yang tidak berwarna sepanjang melebihi 200 mtr. perambut pula dari jenis flourocarbon 20lb panjang 2 mtr dengan coated steelwire 20lb panjang 6" menggunakan hook 2/0 dan 3/0.


Rabu, 16 September 2015

Trip Tasik Kenyir 31/1-1/2/2015

Kembara Kenyir geng Surau Tinggi An-Nur Hulu Yam pada 31/01 - 02/02/2015. Kami telah menyewa houseboat kartunis Ujang tapi bro Ujang tak dapat join sebab beliau ada projek kat KL..

sampai jeti terus pindahkan barang masuk houseboat...

cuaca cantik..
nampak macam laju tapi 5 jam baru sampai lubuk..
ruang tempat berehat...
hantar report kat bini la tu...









Rabu, 9 September 2015

Selasa, 8 September 2015

Trip Tenggiri Sg. Petani 18-19/03/2015

Ini adalah kali ke-2 komplot memancing bersama sahabat gunung di sg. petani, Kedah...masih memerlukan khidmat tekong yg sama, pak daud...misi kali ni tak lain lagi TENGGIRI....komplot yg pertama tak menjadi maka kali ini dengan semangat setinggi genting highlands kami menerjah lubuk tenggiri yg popular di utara malaysia..


hari mancing kena ngan besday aku...potong kek kat tengah laut la jawabnya...



Akhirnya....Shimanao Ultegra 6000+Rod Fod All Blacks+berkely Triline 15lbs berjaya menumpaskan tenggiri 5kg....hadiah besday aku la ni..hahaha...

hasil yg dapat di bawa pulang...










Ahad, 6 September 2015

Senarai Tekong di Malaysia

Booking..booking...sape cepat dia dapat...
senarai tekong mengikut negeri:-

Johor Desaru - Mohd Shah : 012-7629336
Johor Johor Bharu - JD Artac : 907-2327168 & 019-7251340
Johor Johor Bharu - Mackerel Enterprise : 016-7513618 & 016-7519066
Johor Johor Bharu - South China Sea Fishing Charter : 019-7619509 & 012-7373769
Johor Karang Emas / Pulau Batu Putih - Badul : 016-730 6527
Johor Karang Emas / Pulau Batu Putih - Zulkifli Laiman 019-7897942
Johor Mersing/Pemanggil/Aur/Sibu/Tinggi - Eddy Duyung 012-2476126
Johor Mersing - Ah Tea : 019-7535147 & 019-7075699
Johor Mersing - MG Sea sports : 012-7169218 & 07-7991802
Johor Mersing - Pak Muda : 07-7992992
Johor Penyabong - Abg Zali - Bot 7 org - 012-7655583
Johor Penyabung - Pak Nik : 012-7308708 / 019-7425021
Johor Penyabung / Pulau Seribuat / Tokong Burung - Aziz : 016-7940763
Johor Penyabung / Pulau Seribuat / Tokong Burung - Mustapha Abu Bakar 012-9555415
Johor Pulau Aur - Dayang Blues Resort : 07-3536055 & 010-7770579
Johor Pulau Kukup - Pak Wai : 016-7276095.
Johor Pulau Pemanggil Heaven Resort - Pak Dagang/Zurai : 013-7768927 & 019-7690407
Johor Pulau Tinggi - Zakaria Mohamad : 019-7636880
Johor Pulau.Pemanggil - Jacky : 019-7657946
Johor Sedili - Ariffin 07-8829942
Johor Sedili - Din : 019-7208401
Johor Sedili - Mohd : 013-7897478
Johor Sedili - Nizam : 019-7380603
Johor Sedili - Pak Ali : 013-7641987
Johor Sedili - Pak Aris : 019-6241457
Johor Sedili - Pakcik Embong : 07-8829686
Johor Sedili - Pian : 013-7068991
Johor Sg Tiram/ Pengelih/ Kongkong - Hishamudin Norita : 013-7069436

Trip Sg. Petani 1-2 September 2014

Kerapu senja.....hari dah gelap baru balun umpan..dinner la kot..haha..

inilah hasilnya....xde tenggiri la..huhu...



Trip memancing di Yan, Kedah 1/10/2013

Ini la pertama kali aku pergi mancing kat Yan, kedah....tak pernah sampai sebelum ni...




Sesi taklimat dari tekong pak mat




layan apollo... 



Perjalanan pulang ke jeti...cuaca waktu pagi tak berapa baik (angin kencang dan hujan)




                                                 Hasil pancingan yg dapat di daratkan...





Sabtu, 5 September 2015

Jenis tali pancing

Tali Braided atau Tali Benang

kelebihan
1. tali jenis ini mempunyai diameter yang sangat kecil berbanding tali yang lain untuk Poundage yang sama. apabila diameter telah nipis, maka lebih banyak la tali yang dapat di gulung di dalam sesuatu mesin. sangat berguna untuk mesin laut dalam
2. kekuatan yang lebih tinggi berbanding tali jenis lain untuk diameter yang sama. dengan ini anda bole memilih kekuatan tali yang lebih tinggi.
3. umpan lebih cepat tengelam, kerana diameter yang kecil
4. tali kurang kelihatan di dalam air kerana saiz yang kecil berbanding monofilemen.

kekurangan
1. tiada atau kurang sifat elastik seperti getah. ini akan merisikokan kejadian tali putus ketika sedang beraksi.
2. kerana kurang sifat elastik, daya tarikan ikan terus di salurkan ke pada hujung rod, yang merisikokan kejadian rod patah.
3. menyerap air, mudah menjadi reput terutamanya air masin

namun begitu, sifat elastik tersebut dapat di tambah dengan mengunakan leader dari monofilemen dan disambung dengan tali braided menggunakan  FG KNOT.

Camping di Sg. Lengkong Lanchang

Sesi berkhemah di Lanchang, Pahang bersama mat kubang dan lee shimano...

hari dah nak malam...siap akhirnya tempat membongkang...
lain dipancing lain pulak yg dapat....hehe..

sibuk kawan kita ni pacak khemah...

jadi la..pengubat rindu...

buat mende tu yob...

Jenis Jenis Perambut


Jenis Jenis Perambut

Perambut adalah kaedah atau teknik persembahan umpan yang mempunyai kombinasi perambut, mata kail dan ladung. Dikenalpasti terdapat pelbagai kaedah dan teknik yang telah digunakan ketika waktu memancing.


Aplikasi yang teknik yang dipelbagaikan ini penting kerana perambut atau kaedah memancing ini akan dipengaruhi oleh lokasi memancing, jenis ikan yang dicari, waktu memancing malam atau siang, keadaan memancing contohnya kejernihan air, arus dan sebagainya.


Disini penulis cuba menerangkan 2 kaedah perambut yang selalu digunakan untuk pancingan dasar dan pancingan apungan@drifting. Selain penerangan ringkas berhubung perambut pancingan udang yang biasa dipraktikkan penulis disepanjang penulis bergelar pemancing ni.


Tip ‘Tundukkan’ Sang Kerapu


Biarpun ikan ini dikatakan pelahap kerana tidak kisah untuk membaham apa saja jenis umpan, tapi ia tidak bodoh. Ikan kerapu bijak memakan umpan sehingga kita tidak terasa pun kehadirannya. Apa teknik untuk menewaskan sang kerapu gergasi? Entri kali ini member anda beberapa teknik yang boleh diguna pakai.

Umpan Ikan Kelah Paling Power Untuk Kaki Pancing Kelah

Untuk kaki pancing ikan kelah atau yang baru berjinak jinak untuk memburu ikan kelah di lubuk lubuk kelah, umpan amat memainkan peranan penting. Dalam banyak banyak umpan yang pernah dikongsikan oleh kaki kaki pancing ikan kelah, ini adalah yang paling popular sekali. Umpan ini amat digilai oleh ikan kelah.

Umpan Buah Buahan Hutan

Ikan kelah dikenali sebagai spesis ikan yang sangat suka kepada pelbagai jenis buah buahan hutan. Kebanyakan buah buahan hutan ini berbuah mengikut musim yang berbeza beza. Buah hutan yang paling popular sekali ialah buah neram, buah maris, buah ara atau kara, buah jambu kemancung,buah perah, buah taban, buah bangkong, buah berangan, dan buah mata lembu. Pokok Ara menghasilkan buah yang agak berair dan amat diidam idamkan oleh si kelah. Apabila buah ara atau neram jatuh ke dalam sungai, Kelah akan “hilang akal” dan hanya fokus untuk mendapatkan makanan idamannya itu. Buah ini boleh dipotong dadu atau kecil kecil begitu sahaja. Ada juga yang memeramnya, tapi jangan terlalu lama kerana akan menjadi terlalu lembik.




Teknik memancing


1. Casting (teknik mengilat) adalah satu kaedah memancing dengan membuat lontaran umpan atau gewang ke sasaran kemudian mengarau kembali tanpa perlu menunggu umpan jatuh ke dasar atau diragut ikan.

Umpan yang digunakan untuk mengilat adalah seperti ikan, udang dan jenis serangga/haiwan. Umpan tiruan adalah replika gewang dan sesudu (spoon).

Tips memancing di kawasan batu


1. Memancing di tebing berbatu adalah kawasan berpotensi menjinakkan ikan. Batu atau karang di kawasan itu menjadi kegemaran ikan berlindung dan memburu mangsa. Namun begitu, karang dan batu turut mendatangkan masalah kepada pemancing lebih-lebih lagi jika kita memancing dari tebing atau pantai. Masalah sangkut adalah lumrah di kawasan sebegini lebih-lebih lagi jika memancing dasar. Ia hampir tidak dapat dielakkan sepenuhnya jika kawasan batu itu mempunyai karang dan teritip. Walaupun tiada jalan penyelesaian mutlak, pemancing boleh mengamalkan beberapa teknik bagi menewaskan ikan batu karang di dasar. Antaranya:


Umpan Memancing Ikan Pari


Umpan Ikan Pari

Penggunaan umpan sesetengahnya mengikut tempat dan lokasi pancing. Boleh rujuk kepada penduduk setempat jika ingin kepastian. Umpan yang disebutkan ini adalah jenis umpan yang biasa dirembat sang pari. Oleh kerana pari ikan yang suka mendap di dasar, peralatan halus dan lembut bukanlah lawannya. Saiz minimum yang disyorkan ialah 20 paun atau PE2.

Umpan yang biasa digunakan memancing pari adalah:


1. Udang hidup











2. Sotong cumit
3. Sotong jarum hidup
4. Sotong mati tapi yang belum kena ais










5. Sotong kurita
6. Sotong katak kecil
7. Ikan jajang (seperti belacak sungai)
8. Ikan belanak
9. Selayang/ selar kuning di potong dua
10. Anak ikan bebolos
11. Anak ikan gelama
12.Ikan kembung
13. Perumpun
14. Ikan tamban dan
15. Ikan beliak mata


Cara Memancing Ikan Siakap Kolam

Cara memancing Ikan Siakap Kolam sebenarnya tidak sesusah dan serumit cara memancing ikan siakap di lautan, pantai dan juga sungai.
kolam pancing di batang kali selangor
Cara Memancing Ikan Siakap di kolam berbayar sebenarnya anda tidak perlu sangat memikirkan tentang Jadual Pasang Surut, waktu memancing, faktor cuaca dan juga kelengkapan. Apa yang anda perlu pratikkan adalah dari segi teknik memancing ikan siakap kolam. Selalunya terdapat beberapa Cara memancing ikan siakap kolam yang selalu di guna pakai oleh otai-otai kolam pancing berbayar air masin terutamanya ikan siakap kolam air masin. Terdapat pelbagai teknik yang aku pratikkan di kolam ikan siakap air masin ni. Ini adalah cara memancing ikan siakap kolam yang selalu aku gunakan iaitu teknik casting siakap udang kopek, teknik pelampong udang hidup dan teknik casting udang hidup. Cara Memancing Ikan Siakap Teknik Memancing Ikan Siakap Kolam Cara Casting Siakap Udang Pasar Kopek ini yang selalu aku amalkan ketika mula-mula belajar Cara memancing Ikan Siakap Kolam. Dulu masa mula-mula belajar memancing ikan siakap kolam ni aku asyik terlepas jer ikan siakap sebab tak tau masa mana nak bagi tali pada ikan bawa lari umpan, bila masa nak sentap ikan siakap dan bagaimana nak cari ikan siakap kat kolam. So aku kawan la dengan otai-otai kolam ikan siakap, belanja minum, belanja rokok lama-lama dapat la panduan berguna cara memancing ikan siakap kolam.
hasil yg dapat...boleh la buat lepas gian...

Yang paling best teknik casting ikan siakap kolam ni masa ikan siakap ambil umpan, terasa meremang bulu roma. Jangan terus sentap, bagi tali biar ikan siakap bawa lari umpan dan telan udang kopek dulu dalam 20-30saat. Lepas tu pastikan tali utama joran anda tegang baru sentap. Ini kerana Ikan siakap tidak terus menelan umpan cuma kepit di mulut sahaja selang beberapa saat barulah ikan siakap menelan Umpan udang kopek tersebut. Panjang perambut cara casting ikan siakap kolamyang selalu saya guna pakai ialah antara sejengkal sehingga sehasta dan di letak batu ladung kecil dan juga manik kecil berwarna. Cara Memancing Ikan Siakap Cara Casting Ikan Siakap Teknik memancing ikan siakap guna udang hidup pula, jarang saya guna kerana malas nak membeli atau mencari udang hidup. Guna udang kopek ni senang nak beli, ada kat pasar, pasaraya dan kat tepi jalan pun ada jual. Harganya lebih murah berbanding menggunakan Udang Hidup. Disamping itu udang hidup ni mahal sikit, lebih kurang RM1 seekor. Lagipun nikmat cara memancing ikan siakap kolam ini lebih kepada teknik casting. Kalau cara casting ikan siakap kolam menggunakan Gewang atau lures pulak, jarang kolam berbayar ikan siakap air masin membenar kan pemancing menggunakan Gewang atau Lures. Perambut casting Ikan Siakap Kolam Biasa kolam air masin jenis pancing lepas yang membenarkan cara memancing ikan siakap menggunakan Gewang atau Lures. Menggunakan udang hidup dalam Cara memancing ikan siakap kolam saya selalu gunakan pelampong dan juga teknik casting secara perlahan atau "slow". Mula-mula saya gunakan dahuluteknik casting slow menggunakan umpan udang hidup dah lama sikit baru gunakan pelampong pula. Bukan apa, teknik casting ikan siakap ni meletihkan bahu , kaki dan tangan juga. perambut ikan siakap Pelampong Inilah teknik yang selalu saya gunakan dalam Cara mancing Ikan Siakap Kolam Air Masin atau payau. Mungkin sesetengah pemancing menggunakan umpan anak ikan belanak, pisang ataupun anak ikan lampan dan juga hirisan ikan selayan ataupun ikan tamban. Terpulanglah pada kesukaan dan juga cara memancing ikan siakap kolam yang anda amalkan atau praktikkan. Kecerdasan ikan siakap di kolam juga memainkan peranan dalam Cara memancing ikan siakap kolam.Memancing Ikan Siakap Kolam juga anda perlu mencari pot terbaik ikan siakap kolam. Pot-pot ikan siakap kolam juga juga sentiasa berubah setiap hari bergantung kepada kemasinan air kolam, cuaca dan kecerdasan. Inilah serba sedikit yang saya dapat kongsikan tentang Cara Memancing Ikan Siakap Kolam Berbayar semoga berguna untuk panduan memancing ikan siakap anda. Sumber :ttip-memancing.blogspot.com

Mabuk Laut


Cara Mengatasi Mabuk Laut Ketika Memancing






Dalam setahun, kadang-kadang 2 hingga 5 kali turun ke laut untuk memancing, maklumlah hobi ini memang agak mahal. Selain itu, keizinan daripada isteri dan anak-anak amatlah penting sebelum pergi mencari rezeki. Ramalan kaji cuaca hendaklah menjadi rujukan utama sebelum pergi meneruskan perjalanan.
Pemancing tegar pun yang berkali-kali turun laut ada masanya mabuk laut juga. Bergantung kepada tahap kesihatan dan keadaan ombak laut itu juga. Disini, Elih ingin berkongsi kepada anda semua beberapa petua yang Elih amalkan dan petua daripada orang tua-tua juga rakan-rakan memancing yang lain.

Teknik memasang umpan

TEKNIK memasang umpan juga penting untuk menarik perhatian ikan. Ini kerana cara menyusun serta meletakkan umpan turut diambil kira supaya mangsa lebih cepat memakan umpan.Menghimpunkan jumlah umpan yang banyak terutama cacing pada mata kail antara teknik yang boleh digunakan ketika memancing air tawar untuk memikat penghuni sungai ataupun tasik. Cacing adalah antara umpan paling berkesan untuk kebanyakan ikan air tawar. Ia mungkin digunakan seekor atau beberapa ekor sekali gus seperti gambar rajah berikut. TEKNIK IKATAN PANCING TEKNIK IKATAN GEWANG CARA PINTAL UMPAN

Ikatan tali perambut dan mata kail

Antara jenis-jenis ikatan untuk pemancing.
Selama ni teman tau dua jenis ikatan je...rupanya banyak yob...