CACING
Umpan paling ‘laris’ untuk menangkap ikan air tawar. Ia boleh digunakan pada bila-bila masa dan mudah didapati. Antara spesies yang menggemari umpan ini adalah seperti keli, lampam, terbul, susur batang, haruan, puyu, dan banyak lagi.
GEWANG
Umpan tiruan dan terbahagi kepada dua jenis, hard lure dan soft lure. Jika pemancingan di laut, kaki pancing menggunakan gewang jenis jig. Berbentuk seperti kebanyakan spesies hidupan laut yang dijadikan umpan. Sesuai untuk menangkap pelbagai jenis ikan pemangsa mengikut rupa bentuk, warna, fungsi, dan masa yang sesuai.
BIJI KELAPA SAWIT
Banyak digunakan untuk memancing kelah bersaiz besar. Cari sawit yang betul-betul masak dan berminyak atau rendam biji sawit selama beberapa hari sehingga ia mengeluarkan bau tengik. Bukan mudah untuk ‘menjatuhkan’ ego sang kelah. Biji sawit dicangkukkan pada mata kail dan digunakan ketika pemancingan di sungai, hulu sungai atau tasik yang bersambung dengan sungai.
UMPUN-UMPUN
Digunakan untuk menjatuhkan spesies yang tinggal di habitat berlumpur atau kawasan muara. Ia dapat menundukkan spesies seperti sembilang, gelama, dan udang galah.
UDANG
Salah satu daripada umpan kegemaran ikan. Udang sungai gantung lebih sesuai untuk memancing ikan yang mendiami kawasan sungai pergunungan atau tasik. Udang perlu dicangkuk dengan betul kerana ia mudah mati dan hancur apabila digetu oleh spesies pengacau seperti ketam atau buntal. Banyak digunakan untuk menangkap siakap, jenahak, ikan merah, kerapu, baung, dan banyak lagi.
SOTONG
Umpan terbaik. Gunakan sotong segar untuk menarik minat ikan.
TELUR KERENGGA
Terbaik untuk ‘menjinakkan’ puyu, sepat atau haruan. Biasanya telur kerengga yang berwarna putih akan dibakar atau direbus. Dengan mudah, dapat menaikkan sasaran anda hari itu!
KATAK
Umpan terbaik utnuk menangkap spesies ikan snake head. Ikan yang sukakan umpan ini adalah haruan, bujuk, dan toman bunga. Selepas memasang katak pada mata kail, cara permainannya adalah sama. Sama ada dibaling tarik atau mengunjunnya pada celahan pokok.
BELALANG
Banyak digunakan untuk memancing ikan ‘darat’ atau ikan sawah. Lokasi terbaik untuk mencari belalang adalah di kawasan pokok keladi atau rumput di tepi parit dan padang. Biasanya kedua belah kaki belalalng dibuang dan dicangkukkan pada mata kail.
CENGKERIK
Mempunyai fungsi yang sama seperti belalang dan lebih mudah didapati. Hanya perlu dibeli di kedai-kedai akuarium sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan