Ikan siakap yang turut dikenali sebagai barramundi atau nama
saintifiknya Lates Calcarifer terkenal
di Malaysia, kawasan Aisa Tenggara dan Australia. Malahan perkataan barramundi
merupakan kata pinjaman dari sejenis bahasa di kawasan Queensland yang
bermaksud ‘ikan sungai sisik besar’. Spesies ini merupakan ikan catadromous
dalam keluarga Latidae. Taburan spesies ini agak meluas terutamanya di kawasan
perairan Indo-West Pacific. Taburan ikan siakap boleh ditemui di pinggir timur
Teluk Gulf sehingga ke China, Taiwan, selatan Jepun, selatan Papua New Guinea
dan selatan Australia.
Ikan siakap merupakan spesies ikan yang mempunyai toleransi
salitini yang sangat tinggi. Toleransi saliniti ini membawa maksud kepada daya
toleran spesies ini terhadap sifat saliniti air atau kemasinan air. Jadi, ikan
siakap mampu hidup dalam keadaan air masin atau air tawar. Toleransi saliniti
yang tinggi memberikan kelebihan kepada spesies siakap dalam memilih
habitatnya.
Habitat ikan siakap biasanya tertumpu kepada kawasan muara
sungai. Oleh kerana siakap mempunyai daya toleransi saliniti yang tinggi, maka
spesies ini boleh ditemui dalam keadaan air masin, air tawar dan air payau.
Selain itu, kawasan berstruktur besar seperti batu dan kayu besar juga menjadi
habitat pilihan bagi siakap. Antara tasik dan empangan di Malaysia yang didiami
siakap air tawar adalah di Tasik Kenyir. Selain di Tasik Kenyir, siakap bersaiz
mega juga kini telah didapati di Tasik Beris dan Empangan Muda di Kedah.
Ikan siakap mempunyai bentuk badan yang memanjang dengan
mulut condong yang besar. Bahagian rahang atas spesies ini memanjang sehingga
ke bahagian belakang mata. Bahagian pipi atau operkulumnya mempunyai duri kecil
yang mampu melukakan. Sementara itu, sisiknya pula dalam kategori ctenoid.
Kepalanya pula melengkung ke bawah.
Selain itu, ikan siakap mempunyai sisik yang agak besar.
Sisik pada badannya berwarna perak di mana mungkin boleh menjadi semakin cerah
atau semakin gelap mengikut keadaan persekitaran habitatnya.
*http://umpan.karangkraf.com
*http://umpan.karangkraf.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan