mobicow

Jumaat, 2 Oktober 2015

Tip & Teknik Jerat Kerapu Di Tambak Berbatu

Ada kerapu di sebalik batu? Betul ke? Ya, memang betul. Memang kerapu sering menjadikan kawasan berbatu karang sebagai “rumah persembunyiannya”. Tetapi itu jika di tengah lautan. Jadi, kali ini UMP101 ingin mengajar kaki pancing teknik menjerat kerapu yang sering menjadikan celah-celah batu sebagai lokasinya untuk bersantai dan mencari makanan.

1.    Di kawasan tambak berbatu, cari kawasan lubang-lubang yang agak dalam airnya (Untuk mengetahui lubang tersebut dalam atau tidak boleh survey dahulu kawasan tersebut sewaktu air surut dan tandakan kawasan-kawasan  yang berpotensi).
   
2.    Tekniknya sangat mudah. Hanya perlu menghulurkan tali dan mata kail sahaja. Tidak perlu batu ladung.

3.    Gunakan rod pendek bersaiz 5-8 kaki seelok-eloknya (Boleh juga untuk tidak menggunakan joran, hanya hulurkan tali kail sahaja ke dalam lubang).


4.    Umpan udang kopek paling efektif digunakan. Boleh juga gunakan udang hidup, umpun-umpun dan hirisan sotong.

5.    Apabila menjatuhkan umpan ke dalam lubang batu, mainkan sedikit umpan itu agar ia bergerak-gerak di dalam air kemudian biarkan seketika. Jika tiada sambaran mainkan lagi umpan itu untuk menarik perhatian ikan.

6.    Jika lama tiada sambaran ataupun kawasan tersebut telah diganggu spesies pengacau seperti buntal dan sesirat, anda bolehlah berpindah ke lubang-lubang batu yang lain.

7.    Penting untuk anda sentiasa menjaga joran anda. Ini kerana, apabila sang kerapu menyambar umpan, ia akan terus membenamkan dirinya masuk ke dalam batu. Jadi untuk mengelakkan kail anda tersangkut ke batu, anda harus segera menyambar joran apabila kerapu menyambar umpan.

8.    Waktu paling efektif memburu kerapu ialah ketika air gerak pasang sehinggalah pasang penuh.


9.    Selain kerapu, ikan-ikan lain seperti semilang, tetanda, siakap, kitang dan bayan juga boleh dieratkan dengan teknik ini.


*http://umpan.karangkraf.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan