Ikan ini merupakan satu spesies ikan air tawar dari Famili Siluridae yang boleh didapati di bahagian selatan Asia dari Malaysia ke Pakistan ke Vietnam danIndonesia. Ia juga dilaporkan wujud di Afghanistan.
Mengikut Sejarah, sebuah bandar di Perak, Malaysia dinamakan sempena nama ikan ini iaitu Bandar Tapah. Lazimya ikan Tapah mudah dijumpai di Sungai dan Tasik yang besar. Dasar sungai itu biasanya berlumpur dan airnya mengalir dengan perlahan.
LUBUK ikan dikatakan lokasi terbaik untuk kaki pancing mendapatkan habuan lumayan untuk hobi yang memerlukan kesabaran yang tinggi iaitu memancing. Lazimnya Lubuk Ikan banyak terdapat ikan, di mana misi seorang kaki pancing adalah ikan, jadi adalah lebih baik memilih lokasi yang dikatakan Lubuk Ikan untuk memancing.
Membelilah mengikut kemampuan. Murah atau mahal tidak menjadi masalah asalkan memberi ‘perkhidmatan’ terbaik untukmemancing. Namun kebiasaan yang mahal mempunyai kualiti yang agak sempurna. Jika memilih joran fikirkan adakah ia sesuai dengan gaya memancing anda. Samada untuk kegunaanmemancing di laut,memancing di sungai,memancing di muara, memancing di tasik atau sebagainya.
Umpan paling ‘laris’ untuk menangkap ikan air tawar. Ia boleh digunakan pada bila-bila masa dan mudah didapati. Antara spesies yang menggemari umpan ini adalah seperti keli, lampam, terbul, susur batang, haruan, puyu, dan banyak lagi.
GEWANG
Umpan tiruan dan terbahagi kepada dua jenis, hard lure dan soft lure. Jika pemancingan di laut, kaki pancing menggunakan gewang jenis jig. Berbentuk seperti kebanyakan spesies hidupan laut yang dijadikan umpan. Sesuai untuk menangkap pelbagai jenis ikan pemangsa mengikut rupa bentuk, warna, fungsi, dan masa yang sesuai.
Ikan kerapu merupakan antara ikan yang popular di Malaysia. Selain isinya yang enak, ikan kerapu juga mempunyai harga pasaran yang tinggi. Habitat kerapu adalah di kawasan berbatu dan mempunyai terumbu karang. Selain itu, ikan kerapu gemar tinggal di struktur buatan manusia seperti ujam dan tukun. Pemilihan habitat ini adalah bagi memudahkan kerapu mencari mangsanya. Berikut adalah sepsis kerapu yang popular di Malaysia.
Ikan siakap yang turut dikenali sebagai barramundi atau nama
saintifiknya Lates Calcarifer terkenal
di Malaysia, kawasan Aisa Tenggara dan Australia. Malahan perkataan barramundi
merupakan kata pinjaman dari sejenis bahasa di kawasan Queensland yang
bermaksud ‘ikan sungai sisik besar’. Spesies ini merupakan ikan catadromous
dalam keluarga Latidae. Taburan spesies ini agak meluas terutamanya di kawasan
perairan Indo-West Pacific. Taburan ikan siakap boleh ditemui di pinggir timur
Teluk Gulf sehingga ke China, Taiwan, selatan Jepun, selatan Papua New Guinea
dan selatan Australia.
Spesis ikan belitong merupakan spesies ikan yang sering
berlegar di permukaan air hampir di kebanyakan perairan di seluruh dunia. Juga
sering dikenali dengan nama mahi-mahi atau dorado, ikan ini boleh ditemui di
luar kawasan pantai beriklim tropika, subtropika dan sederhana. Dalam
pengelasan saintifik, belitong merupakan salah satu daripada dua spesies yang
datang daripada keluarga Coryphaenidae dan dikenali sebagai Commom dolphinfish.
Satu spesies lagi ialah pompano dolphinfish iaitu bawal emas.
Ada kerapu di sebalik batu? Betul ke? Ya, memang betul.
Memang kerapu sering menjadikan kawasan berbatu karang sebagai “rumah
persembunyiannya”. Tetapi itu jika di tengah lautan. Jadi, kali ini UMP101
ingin mengajar kaki pancing teknik menjerat kerapu yang sering menjadikan
celah-celah batu sebagai lokasinya untuk bersantai dan mencari makanan.
1. Di kawasan
tambak berbatu, cari kawasan lubang-lubang yang agak dalam airnya (Untuk
mengetahui lubang tersebut dalam atau tidak boleh survey dahulu kawasan
tersebut sewaktu air surut dan tandakan kawasan-kawasan yang berpotensi).
2. Tekniknya sangat
mudah. Hanya perlu menghulurkan tali dan mata kail sahaja. Tidak perlu batu
ladung.
3. Gunakan rod
pendek bersaiz 5-8 kaki seelok-eloknya (Boleh juga untuk tidak menggunakan
joran, hanya hulurkan tali kail sahaja ke dalam lubang).
Trip kali ni aku dan lee shimano nak memburu 'ah teng' perairan sedili...dengar cerita power ah teng sedili sedikit berbeza dengan ah teng tuas yan, kedah...Dengan komplot team joran segamat kami sampai di jeti tepat jam 3 pagi...Jadual perjalanan ke destinasi sepatutnya seawal jam 4 pagi tetapi kerana ada masalah tekong kami dpt bergerak pada jam 7.30 pagi 21/09/15...huhu..
bot pertama...dah siap pindah brg tapi tak jadi pergi...20% stress..
antara bot yg ada tapi tak ke laut...
bot kedua...separuh perjalanan shaft kipas patah...50% stress dah ni...bengang betul...
terpaksa ditunda ke jeti utk ditukar dengan bot yg lain..
akhirnya kami dapat berlepas juga dengan bot pak deris pada jam 3ptg...Tekong pak deris memang terkenal di sedili..
bincang strategi kerana kesuntukan masa...
Selamat mendarat di jeti pak deris pada jam 3ptg 22/09/15...
bergambor dulu sebelum ikan di potong..
nak gambor jugak brader apollo ni..
hasil yg dpt walaupun memancing hanya beberapa jam saja...arus laju dan ombak agak tinggi menyukarkan pancingan kami..
ikan merah, kerapu, kerisi dan tambak...
pintu gerbang jeti sedili besar
Kesimpulannya trip kali byk dugaan tapi dengan semangat yg kuat dpt juga misi diteruskan hingga penamat...Lain kali nak menjoran lagi kat sini...