mobicow

Khamis, 15 September 2016

Teknik memancing ikan Pecah Periuk



Nama ikan Pecah Periuk (Lobotes Surinamensis) mungkin kedengaran agak pelik bagi sesetengah orang. Namun, tahukah anda bahawa disebalik keunikan namanya, ikan ini juga mempunyai rasa yang enak? Buat anda yang baru nak berjinak-jinak dengan ikan spesis ini, jom lihat beberapa tip berguna untuk anda mengumpan ikan Pecah Periuk ini.

Ikan ini mungkin dianggap kurang famous di kalangan sesetengah pemancing. Namun begitu, bagi sesetengah tempat terutamanya di sekitar kawasan Pantai Barat Malaysia, ikan ini begitu ‘disegani’ kerana teknik pancingannya yang agak berbeza berbanding ikan-ikan lain.

Untuk memancing ikan Pecah Periuk ini, caranya sangat mudah. Dengan hanya mencari longgokan sampah ataupun nipah hanyut di tengah laut, anda boleh mendaratkan sebegitu banyak ikan jenis ini kerana ia juga dikenali dengan hidup berkumpulan.

Apabila terlihat sahaja longgokan sampah atau nipah hanyut ini, anda hanya perlu menghulurkan mata kail yang terisi umpan tanpa menggunakan batu ladung dan hanya menunggu sahaja ikan ini untuk menyambar umpan yang disediakan.

Namun begitu, jika beberapa minit umpan yang dihulur tidak dijamah sang ikan, ini berkemungkinan lubuk berkenaan sudah diteroka oleh pemancing lain dan anda perlu bersedia untuk mencari longgokan sampah yang lain.

Umpan yang biasa digunakan untuk memancing ikan ini adalah udang, sotong, hirisan ikan dan perumpun.

Sedikit tips untuk anda, apabila ikan Pecah Periuk ini telah menyambar umpan, anda haruslah dengan segara menahan asakan ikan ini ke tempat yang jauh dari longgokan sampah tersebut. Ini kerana, ikan ini sangat bijak melarikan diri dan berpotensi menyebabkan tali anda tersangkut pada sampah hanyut tersebut, sekaligus boleh menyebabkan anda berputih mata. Selamat mencuba!

*http://umpan.karangkraf.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan