mobicow

Khamis, 15 September 2016

Tip menjaga umpan hidup

Antara umpan yang popular dan digemari oleh kaki pancing ialah umpan hidup. Namun kadangkala terdengar rungutan kaki pancing apabila umpan ikan atau udang yang di bawa tidak kuat tatkala mahu dicangkukkan pada mata kail. Air sudah ada, alat pengudaraan atau aerator dah dipasang, apa lagi yang tidak kena?

Memahami konsep pam udara

Apabila kuantiti umpan ikan atau udang hidup kita banyak, ianya memerlukan kawasan atau bekas simpanan yang lebih  luas. Macam kita juga, 20-30 orang bersesak dalam satu bilik kecil,tak sanggup rasanya.

Pam udara atau aerator sebenarnya tidak membekalkan oksigen. Ianya hanya memberikan tekanan udara untuk membalikkan air agar berkocak dan apabila pergerakan air berlaku,di situlah terhasilnya oksigen terlarut bagi hidupan akuatik.

Jadi, apabila keluasan bekas simpanan semakin besar, anda memerlukan pam udara yang lebih besar atau boleh juga gunakan lebih dari satu pam udara yang bersaiz kecil.

Perhatikan pergerakkan gelembung udara

Tips yang penting ialah dengan melihat pergerakan gelembung udara dan pergerakan air. Pam udara yang terlalu kuat di tambah dengan keluasan kawasan yang kecil tidak membantu umpan anda. Ini kerana arus yang kuat dari pam udara anda memaksa umpan untuk melawan arus dan memerlukan tenaga yang banyak.

Anda patut biarkan pam udara anda mengepam udara dengan lebih lembut dan umpan anda mampu bergerak secara kawanan. Ini membantu umpan seperti ikan menghasilkan pergerakan arus lembut merentasi insang mereka bagi membekalkan oksigen.

Pam udara yang terlalu kuat di tambah dengan keluasan kawasan yang kecil tidak membantu umpan anda. Ini kerana arus yang kuat dari pam udara anda memaksa umpan untuk melawan arus.

Perhatikan saiz gelembung udara

Perhatikan saat gelembung udara anda bergerak ke permukaan air. Lihat berapa lama ia mengambil masa untuk sampai ke permukaan air. Dengan memerhatikan gelembung udara ini, anda mampu mengubah keadaan umpan anda untuk 24 jam yang akan datang.

Satu teori untuk pam udara anda berkaitan gelembung udara ialah, semakin kecil gelembung udara, semakin lambat ia sampai ke permukaan air. Ini akan memberikan lebih masa bagi gelembung air itu untuk larut di dalam air bagi melarutkan oksigen.

Saiz bekas simpanan anda

Saiz bekas simpanan umpan hidup anda harus bersesuaian dengan kepadatan dan kuantitinya. Semakin tinggi kepadatannya, maka ianya memerlukan keluasan yang lebih besar bagi mengelakkan umpan anda stress. Stress boleh menyebabkan umpan anda mati dalam jangka waktu yang singkat.

*http://umpan.karangkraf.com

Teknik memancing ikan Pecah Periuk



Nama ikan Pecah Periuk (Lobotes Surinamensis) mungkin kedengaran agak pelik bagi sesetengah orang. Namun, tahukah anda bahawa disebalik keunikan namanya, ikan ini juga mempunyai rasa yang enak? Buat anda yang baru nak berjinak-jinak dengan ikan spesis ini, jom lihat beberapa tip berguna untuk anda mengumpan ikan Pecah Periuk ini.

Ikan ini mungkin dianggap kurang famous di kalangan sesetengah pemancing. Namun begitu, bagi sesetengah tempat terutamanya di sekitar kawasan Pantai Barat Malaysia, ikan ini begitu ‘disegani’ kerana teknik pancingannya yang agak berbeza berbanding ikan-ikan lain.

Untuk memancing ikan Pecah Periuk ini, caranya sangat mudah. Dengan hanya mencari longgokan sampah ataupun nipah hanyut di tengah laut, anda boleh mendaratkan sebegitu banyak ikan jenis ini kerana ia juga dikenali dengan hidup berkumpulan.

Apabila terlihat sahaja longgokan sampah atau nipah hanyut ini, anda hanya perlu menghulurkan mata kail yang terisi umpan tanpa menggunakan batu ladung dan hanya menunggu sahaja ikan ini untuk menyambar umpan yang disediakan.

Namun begitu, jika beberapa minit umpan yang dihulur tidak dijamah sang ikan, ini berkemungkinan lubuk berkenaan sudah diteroka oleh pemancing lain dan anda perlu bersedia untuk mencari longgokan sampah yang lain.

Umpan yang biasa digunakan untuk memancing ikan ini adalah udang, sotong, hirisan ikan dan perumpun.

Sedikit tips untuk anda, apabila ikan Pecah Periuk ini telah menyambar umpan, anda haruslah dengan segara menahan asakan ikan ini ke tempat yang jauh dari longgokan sampah tersebut. Ini kerana, ikan ini sangat bijak melarikan diri dan berpotensi menyebabkan tali anda tersangkut pada sampah hanyut tersebut, sekaligus boleh menyebabkan anda berputih mata. Selamat mencuba!

*http://umpan.karangkraf.com