Bila disebut perkataan cacing, pasti anda mula terbayang-bayang sejenis mahkluk yang tinggal di dalam tanah dan mempunyai rupa bentuk fizikal yang amat mengelikan. Tetapi tidak kepada pemancing. Cacing merupakan umpan universal yang paling berkesan untuk memancing apa-apa jenis ikan di sungai.
Cuma untuk mencarinya amat sukar dan meletihkan. Pemancing perlu mencari kawasan yang menjadi tempat tinggal hidupan ini dan memerlukan kerahan tenaga menggali tanah untuk menemui cacing ini. Oleh itu kami ingin berkongsi cara mudah untuk mencari cacing tanpa perlu menggali tanah.
Caranya sungguh mudah. Anda hanya perlukan air yang dicampurkan dengan garam kasar sehingga sebati, dan hanya jiruskan campuran air tersebut di tempat yang berpotensi menjadi tempat tinggal cacing. Dalam hanya beberapa minit cacing akan keluar dengan sendirinya. Umpan sudah tersedia, jom memancing!
Kadang-kala, trip memancing bersama rakan-rakan boleh dimanfaatkan dengan berkongsi pelbagai ilmu tambahan berkaitan dunia memancing ini. Janganlah segan untuk bertanya, dan jangan pula kedekut untuk berkongsi ilmu ya. –UMPAN 101
Tiada ulasan:
Catat Ulasan