mobicow

Khamis, 23 Jun 2016

Kenali 8 Spesis Pari Yang Popular Di Malaysia

Merasai tarikan ikan Pari atau nama saitifiknya dasyatidae memang sesuatu yang amat mengujakan terutama bagi mereka yang menggemari aktiviti memancing. Tarikan padu dan larian bertenaga ikan ini memang sering di dambakan oleh kaki pancing di Malaysia. Tidak hairanlah jika ada sesetengah pihak menggelarkan spesies ini sebagai “lesen besar” di dalam dunia memancing mereka.

Di sini kami ingin berkongsikan jenis-jenis ikan Pari yang popular di Malaysia.

1. Pari Beting
                Pari beting menjadi antara pari yang paling popular di Malaysia. Dari utara ke selatan, timur ke barat ada sahaja spesies ini yang berjaya dipancing oleh kaki pancing. Menurut nelayan tempatan, pari beting ini mendapat namanya kerana ia sering menjadikan beting pasir sebagai lokasi untuk berehat dan memburu mangsanya. Kebiasaannya pari jenis ini akan membenamkan diri ke dalam beting pasir apabila terdapat ancaman. Diet utama bagi ikan jenis ini adalah udang hidup, ikan bebolos, sotong dan bermacam-macam lagi. Pendek kata, asal ada makanan di depan matanya pasti akan disambar.

2. Pari Tanjung
                Ramai juga yang terkeliru mengenai rupa bentuk pari beting dan pari tanjung. Ianya sebenarnya amat senang dibezakan. Pari tanjung mempunyai tanduk yang lebih panjang berbanding pari beting dan ianya juga lebih nipis berbanding pari beting yang mempunya isi yang tebal. Habitat ikan pari tanjung ini biasanya di beting-beting pasar dan juga kawasan yang berlumpur. Diet utamanya sama seperti pari beting, tetapi umpan yang paling popular untuk menawan spesies ini adalah udang hidup.

3. Pari Rimau
                Inilah antara pari yang paling mencabar untuk didaratkan. Apa tidaknya, daya tarikan dan renangan pari rimau pastinya mampu melemahkan otot-otot dan sendi pemancing. Pari rimau ini mendapat namanya kerana corak dibadannya yang bertompok seakan-akan harimau. Tidak hairanlah tenaganya juga sekuat raja rimba itu. Habitat bagi spesies ini kebiasaannya ialah dikawasan pantai yang berbatu. Dietnya juga lebih kurang sama seperti spesies pari yang lain. Asal ada umpan, pasti akan disebatnya.

4. Pari Karang
                Secocok dengan namanya, pari jenis ini memang menjadikan karang sebagai habitat rasminya. Ikan pari karang ini boleh dikenal pasti dengan melihat bintik-bintik biru di badannya. Isinya juga lebih tebal, namun saiznya tidaklah boleh mencapai sehingga belasan kilo. Kebiasaanya saiz yang biasa dinaikkan pemancing adalah sekitar  1 kilogram sahaja. Spesies ini juga agak pemalu dan amat susah sekali untuk memakan umpan. Jadi jika ianya memakan umpan, pasti anda antara orang yang bertuah sekali di kawasan tersebut.

5. Pari Bendera
Pari jenis ini berbentuk agak berbeza berbanding pari-pari yang lain di mana ianya berbentuk bujur dan ekornya lebih pendek. Pari ini juga begitu jarang sekali untuk memakan umpan. Namun, ia masih menjadi udang, sotong dan ikan sebagai antara diet pilihannya.

6. Pari Daun
                Juga antara pari yang begitu popular di dalam arena memancing. Pari ini mempunyai isi yang lebih tebal dan pangkal ekornya juga lebih besar berbanding ikan pari yang lain. Dibahagian ekornya juga terdapat layar kecil yang berwarna kehitaman. Ikan pari jenis ini juga dikatakan amat bahaya kerana ianya agak agresif. Justeru itu, untuk mengelakkan kecelakaan, haruslah mengendalikan ikan ini dengan lebih berhati-hati.

7. Pari Lang
                Pari lang juga antara spesies yang makin sukar didapati di Malaysia ini. Ikan ini mendapat namanya kerana bentuknya yang kelihatan seakan-akan burung dan mempunyai bintik-bintik berwarna putih disekitar badannya.diet utamanya juga hampir sama seperti ikan pari yang lain iaitu udang, hirisan ikan, sotong segar dan sebagainya.

8. Pari Minyak
                Spesies pari minyak sememangnya amat popular di dalam arena memancing laut dalam. Ini kerana saiznya yang begitu besar dan asakan padu ikan jenis ini memang menjadi kegilaan untuk sukan ini. Ikan pari minyak senang juga dikenalpasti kerana badanya berwarna hitam dan mempunyai tompok putih disekitar badannya. Namun begitu, jika dibandingkan dengan ikan pari yang lain, pari minyak kurang menjadi pilihan untuk dijadikan hidangan di meja makan. Mungkin kerana saiznya yang besar dan isinya yang liat menjadikan ikan ini kurang digemari.

Umpan 101 Cara Pantas Mencari Umpan Cacing

Bila disebut perkataan cacing, pasti anda mula terbayang-bayang sejenis mahkluk yang tinggal di dalam tanah dan mempunyai rupa bentuk fizikal yang amat mengelikan. Tetapi tidak kepada pemancing. Cacing merupakan umpan universal yang paling berkesan untuk  memancing apa-apa jenis ikan di sungai.

Cuma untuk mencarinya amat sukar dan meletihkan. Pemancing perlu mencari kawasan yang menjadi tempat tinggal hidupan ini dan memerlukan kerahan tenaga menggali tanah untuk menemui cacing ini. Oleh itu kami ingin berkongsi cara mudah untuk mencari cacing tanpa perlu menggali tanah.

Caranya sungguh mudah. Anda hanya perlukan air yang dicampurkan dengan garam kasar sehingga sebati, dan hanya jiruskan campuran air tersebut di tempat yang berpotensi menjadi tempat tinggal cacing. Dalam hanya beberapa minit cacing akan keluar dengan sendirinya. Umpan sudah tersedia, jom memancing!

Kadang-kala, trip memancing bersama rakan-rakan boleh dimanfaatkan dengan berkongsi pelbagai ilmu tambahan berkaitan dunia memancing ini. Janganlah segan untuk bertanya, dan jangan pula kedekut untuk berkongsi ilmu ya. –UMPAN 101

10 Teknik Jigging Perlu Tahu



‘Ikan makan besi!’, itulah antara perkara pertama yang akan kita ingati bila bercerita perihal teknik ‘jigging’. Boleh dikatakan teknik ini menjadi semakin popular di kalangan kaki pancing masa kini. Namun, masih ada juga yang tidak begitu arif mengenai teknik ini. Jom kita kongsi beberapa info penting mengenai teknik ‘jigging’ yang perlu anda ketahui. Dalam istilah ‘jigging’, terdapat dua jenis kaedah untuk ‘jigging’, iaitu ‘vertical jigging dan jig cast’.

*Vertical jigging digunakan untuk mengumpan ikan yang mendiami dasar dengan cara melepaskan jig secara menegak atau ke depan sehingga ia tenggelam ke dasar laut. Kemudian karauan secara laju atau perlahan dibuat untuk mengayakan jig besi di dalam air.

*Jig cast pula digunakan untuk mengumpan ikan predator yang bermain di pertengahan atau di permukaan air. Teknik ini sering kali digunakan untuk menjerat ikan tenggiri. Caranya, Jig dibaling sejauh mungkin dan karauan laju dibuat dan membuatkan jig seolah-olah ikan yang sedang berenang.

*Joran jigging mestilah halus, ringan dan tahan lasak. Kebiasaan panjang rod jigging antara 4.5 hingga 6 kaki.

*Saiz kekili yang berbeza juga perlu dipadankan dengan berat jig yang anda gunakan. Misalnya, kekili saiz 4000-6000 sesuai untuk jig seberat 40 gram - 100 gram, saiz 8000-10000 untuk jig seberat 100 gram – 400 gram dan untuk jig seberat 400 gram ke atas, kekili bersaiz 10000 ke atas sesuai digunakan.
*Untuk menentukan saiz jig yang boleh anda gunakan, anda harus mengambil kira kedalaman air di lokasi memancing anda. Misalnya, kedalaman 100 kaki amat sesuai menggunakan jig bersaiz 100gm dan begitulah seterusnya. Senang cerita, jig yang semakin besar digunakan apabila air semakin dalam. Ini kerana pemilihan saiz yang besar ini akan mempercepatkan jig jatuh ke dasar.

*Bagi menjimatkan kos jigging, anda boleh membuat sendiri ikatan mata kail jig.

*Saiz jig mestilah disesuaikan dengan arus pada masa itu. Sekiranya arus agak laju, saiz jig yang sesuai perlu digunakan untuk memastikan jig jatuh betul-betul di kawasan yang sudah dikenal pasti kawasan ikan bermain sekali gus mengelakkan tersasar akibat dibawa arus.

*Warna jig juga memainkan peranan besar. Apabila jigging pada waktu malam, jig jenis luminous adalah pilihan utama. Spesies seperti cupak dan tenggiri amat mudah diperdayakan.

*Tali sulam atau braided line menjadi pilihan utama untuk teknik jigging. Tali sulam bukan sahaja dapat memotong air dengan lebih cepat, kurang daya regang, sensitif tetapi yang paling penting diameternya yang kecil akan membolehkan lebih banyak tali di sisi dalam gelendong kekili anda.

*Penggunaan shock leader atau juga amat penting untuk teknik jigging. Ini kerana dengan leader ini ia mampu menampung main line apabila mendapat asakan secara tiba-tiba. Tali jenis fluorocarbon adalah lebih disarankan kerana ia lebih lasak menahan geseran dan kurang kelihatan di dalam air.


*http://umpan.karangkraf.com/

Rabu, 8 Jun 2016

Trip Sedili 31 may -1 June 2016

Trip kedua aku di perairan sedili kali ini tak dapat khidmat bot pak deris sebab fully book. Salah aku la ni order lambat sangat (padan muko)...tapi xpe, tekong Rizal ni pun hebat jugak...banyak tunjuk ajar dan ikan yg dia bagi..hehehe..macam biasa la pukul 3am dah sampai kat jeti sedili...bersiap apa yg patut..pukul 4am kami bertolak ke lubuk...dalam pukul 6.30am dah sampai ke lubuk (kapal karam vietnam).. apa lagi huloq la pancing tu wehhh...berbekalkan sotong, udang mati ngan ikan selar 10kg kami gunakan teknik bottom dan hanyut...bekalan udang hidup xde (stok habis)


pemandangan waktu pagi
bot pak deris kat sebelah je...
ramlee ngan abah aku setting apollo (cencaru makan pagi)
 tenggiri paling besor
 tak sabar nak kokak 

  antara yg sempat di gambarkan
pembahagian hasil

Next time cuba lagi...Tekong rizal pesan bawa udang hidup (umpan power untuk ikan dasar)