mobicow

Sabtu, 23 April 2016

Cara-cara memancing Ikan Jenahak



Ikan Jenahak merupakan ikan yang sentiasa menjadi sasaran pemancing. Ikan ini di negara barat lebih dikenali sebagai John Snapper atau Golden Snapper. Di negara kita ikan ini diberi gelaran bantal emas jika saiznya melebihi 3kg. Ini kerana ikan Jenahak bersaiz matang akan mempunyai sisik berwarna keemasan. Ikan ini sangat popular dikalangan penduduk Malaysia tidak kira agama dan bangsa. Ikan ini mempunyai rasa yang lazat dan manis terutamanya ketika masih segar. Pemancing pasti berbangga jika berjaya memperolehi ikan jenahak bersaiz bantal emas. Habitat. Ikan yang mampu membesar sehingga belasan kilo ini amat gemar tinggal di kawasan karang dan lubang-lubang di dasar laut. Kapal karam atau tukun tiruan juga menjadi habitat kegemaran ikan ini. Di negara kita ikan ini banya terdapat di kawasan perairan Melaka di sebelah barat semenanjung Malaysia. Ini kerana ikan ini gemar tinggal dikawasan perairan laut yang mempunyai dasar berlumpur. Berbeza dengan perairan laut China Selatan, kawasan dasar perairan tersebut yang berpasir menyebabkan ikan jenahak jarang-jarang diperolehi. Untuk memancing ikan ini, waktu malam merupakan waktu terbaik untuk memancing ikan ini. Ini kerana ikan ini amat aktif apabila malam menjelma. Selain lautan lepas, ikan ini banyak dibela oleh pengusaha ternakan ikan. Jika kita ke kolam air masin, pasti terdapat ikan ini di kolam-kolam sedemikian. Selain itu kehadiran ikan ini di kolam-kolam air masin menarik minat para pemancing untuk berkunjung ke kolam mancing.

Jenahak yang matang digelar sebagai Bantal Emas



Jenahak yang belum matang akan kelihatan tanda hitam di belakang sirip dorsalnya



Umpan Sepanjang pengalaman saya memancing ikan ini, saya mendapati ikan jenahak merupakan ikan paling cerewat yang pernah saya pancing. Maka pemancing perlulah peka dan mahir dalam memilih umpan untuk memancing ikan ini. Di sini saya ingin kongsikan umpan yang berkesan untuk ikan ini. Isi Ikan. - Isi ikan amat efektif dalam menjerat ikan ini. Tetapi isi ikan tersebut hendaklah benar-benar segar. Penggunaan isi ikan dari pasar kurang efektif dalam menjerat ikan ini tetapi masih boleh dijadikan option untuk memancing ikan ini. Sotong -Umpan sotong merupakan merupakan umpan killer untuk jenahak terutamanya sotong hidup yang di candat di atas bot. Sotong perlulah dicandat terlebih dahulu untuk dijadikan umpan. Jarang sekali ikan jenahak menolak menu umpan sotong hidup. Bagi yang ingin menggunakan sotong mati, kepala sotong merupakan kegemaran ikan ini.


Sotong kurita

-Selain sotong biasa, sotong kurita juga merupakan kegemaran ikan jenahak. Jika menggunakan umpan ini, potong jari-jarinya , barulah sangkutkan ke mata kail .




Udang lipan.

- Ini juga merupakan salah satu umpan bagus untuk ikan jenahak. Tetapi harus diingat, hanya udang lipan hidup saja yang mampu menarik minat ikan jenahak untuk memakan umpan






Teknik

Untuk memancing jenahak, cukup sekadar menggunakan rod berkekuatan aksi sederhana seperti PE3-5. Bagi yang ingin memancing jenahak bantal emas, saiz rod yang lebih besar akan digunakan. Tali main lain berkekuatan 50lb-80lb sudah memadai dengan dipadankan dengan perambut mono atau flocarbon berkekuatan 60lb-100lb. Matakail yang sering digunakan berukuran 4/0-6/0

Tanduk atau ranggung amat penting dalam memancing ikan ini. Perambut yang digunakan mestilah kecil sepanjang 20 cm. Kemungkinan penggunaan pemberat yang bergantung pada kelajuan arus. Ini kerana ikan jenahak amat aktif ketika arus deras.








Ikan ini tidak kuat ketika memakan umpan, tetapi pemancing hendaklah peka terhadap joran. Ikan ini bergerak secara kumpulan dan jika tiba waktunya, pasti pemancing akan menerima hentakan dari ikan ini secara bertubi-tubi. Hanya ikan jenahak berukuran monster saja gemar bergerak secara solo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan