1. Semasa mancing laut, jika panggil kawan-kawan makan, mesti kena panggil nama, spt ehh Yob jom makan, JANGAN spt oooiii jom makan. Haaa tu pantang tuh. Idak la tau kenapa tapi tu pesan orang tua-tua kalu mancing tengah laut. Barangkali kalu panggil oooii makan nanti ramai pulak 'kawan-kawan' lain datang tumpang sekaki. Nanti ada pulak yg terjun bot...
2. Di larang bawa telur ayam atau daging mentah (berdarah) jika mancing kat laut. Haaa,. untuk itu masak la ikan yg kome dapat tu atau masak siap-siap kari kas kas kat rumah yob.
3. Pakai lah liveJacket jika mancing atas bot, kat laut, muara,.. Walaupun anda terror berenang kuak lentang, kuak dada ke,. kerana bayu tidak selalu nyaman, langit tidak selalu cerah dan laut pula tidak selalu tenang..
4. Selalu lah bawa kit peti keselamatan bersama untuk emergency treatment. Penting spt ubat luka, jarum, ketip kuku, handyplast, panadol, minyak angin.. ikut kesesuaian. Jarum dan ketip kuku penting jika mancing naik bot kayu. Ada kes kaki masuk selumbar nak tarik ngan playar tak boleh. Atau tertusuk sodak ikan ke,.. jadi penting ada benda tu. Simple tapi bnyk gunanya yob bila terdesak
5. Jaga tutur kata sewaktu memancing tak kira lah kat paya, sungai, lombong, laut . Jaga kebersihan, jangan buang sampah ke dalam sungai, lombong, laut,. kerana anak cucu kita pun nak memancing jugak nanti. Pelihara alam sekitar. Kebersihan satu tanda orang beriman.
*Betul ke idok tak tau le teman...kalau pikir baik maka baik le jadinya...tak gitu yob...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan