mobicow

Khamis, 4 Ogos 2016

Rahsia Memancing Di Kelong

Bila memancing di kelong saja, hasil tangkapan tidak memuaskan. Entah mengapa jadi begitu. Usahlah asyik mengeluh, cuba lakukan post mortem mengapa ia boleh terjadi. Entri kali ini berkongsi panduan tentang persediaan untuk memancing di kawasan kelong.


1. Reccee kelong
Buat sedikit kajian tentang kelong yang anda ingin pergi. Ini dapat membantu anda untuk mengetahui struktur, kedalaman, dan pelbagai aspek penting yang lain tentang kelong tersebut. Anda juga boleh mengkaji tentang spesies ikan yang ada di situ. Jika ada kaki pancing ‘otai’, anda boleh mendapatkan tip daripada mereka.

2. Waktu yang sesuai
Ketika air bani adalah masa yang sesuai untuk memancing di sini. Waktu itu arus kurang laju dan banyak ikan akan ‘melepak’ di kawasan kelong. Pun begitu, lain kelong, lain kesesuaiannya.

3. Sedia peralatan yang cukup
Bawa peralatan memancing yang secukupnya. Sebaiknya, bawalah peralatan spare. Lebih mudah jika berlaku apa-apa yang tidak diingini. Jangan lupa bawa appolo dan tong ikan berserta ais sekali ya!

4. Bawa bekal makanan
Sesetengah kelong tidak mempunyai gerai makan. Jadi, bawalah bekalan sendiri. Lebih mudah dan menjimatkan masa.

5. Tuntut ilmu
Jangan sekadar buat kajian sendiri, dapatkan nasihat daripada mereka yang arif dengan kawasan kelong tersebut. Cuba cari sebanyak mana petua untuk memancing di situ.

6. Teknik pelbagai
Jangan fokus pada pancingan bottom semata-mata. Anda boleh mencuba untuk menggunakan teknik lain seperti drifting, casting, jigging, dan sebagainya mengikut jenis dan kedalaman kelong.

7. Umpan cukup
Bawa pelbagai jenis umpan. Mungkin anda perlu menggunakan, mengikut teknik memancing yang berbeza-beza.

8. Jaga adab
Walaupun tampak remeh, ia penting. Jaga tingkah laku dan pertuturan semasa berada di kelong. Kita tidak tahu cerita di sebalik kelong yang dikunjungi.

9. Utamakan kebersihan
Jangan tinggalkan umpan atau lebihan ikan di kelong. Elakkan juga pembuangan sampah merata-rata. Hargailah alam sekitar kita.

10. Jaga keselamatan
Berhati-hati dan kekal fokus ketika memancing. Pastikan anda membawa semua peralatan yang boleh membantu sekiranya terjadi kecemasan.

*http://umpan.karangkraf.com/

5 Faktor Pengaruh Pilihan Perambut



Perambut yang paling banyak digunakan kaki pancing adalah Apollo. Kegunaan jenis-jenis perambut dipengaruhi beberapa faktor tertentu seperti spot memancing, spesies ikan yang ditangkap, waktu memancing, keadaan kejernihan dan arus air serta banyak lagi. Jom, tengok apa yang mempengaruhi penggunaan perambut ketika melontar joran ke laut.

Karang atau lokasi memancing yang cenderung untuk tersangkut


Biasanya dalam keadaan begini, kaki pancing gemarkan perambut dengan batu hidup. Perambut yang digunakan harus lebih kecil dari tali utama untuk mengelakkan kaki pancing kerugian batu dan pin apabila perambut putus. Perambut yang selalu digunakan adalah perambut jenis 30lb ke 50lb dan panjangnya bergantung pada keadaan arus.

Balingan tidak perlu jauh kerana arus yang deras akan membawa umpan ke belakang dengan cepat dan mengelakkan tali tersimpul. Jika arus perlahan, buatlah balingan jauh. Gunakan perambut kirang daripada 1m bagi mengelakkan tali tersimpul.

Spesies ikan


Jika anda mensasarkan spesies ikan seperti tenggiri, alu-alu, belitong, haruan tasik, geropoh, dan ikan jenis pemangsa, anda digalakkan untuk menggunakan kaedah ‘drifting’ jika arus laju atau ‘flooting’ jika arus perlahan. *Gunakan perambut dengan kepanjangan sekurang-kurangnya 3m atau 3 dpa lebih. Untuk spesies ikan seperti kerapu, ikan merah, bayan, dan jenahak, gunakan kaedah ‘bottom’.


Waktu pancing

Jika memancing waktu siang, gunakan ‘leader’ bersaiz halus 30lb – 50lb bagi mengelakkan sang ikan ternampak perambut yang digunakan. Seandainya memancing pada waktu malam, perambut kasar boleh digunakan.

Kejernihan air
Jika air jernih, gunakan aksesori atau jenis ikatan. Ini bertujuan untuk mengurangkan kepekaan ikan ke atas perambut yang digunakan. Anda disarankan untuk menggunakan perambut panjang melebihi 1m sekiranya perlu dan tariklah minat sang ikan dengan umpan paling baik. Setakat umpan biasa-biasa (mati), ikan takkan layan punya!

Itu cerita air jernih, kalau keruh? Jika air kelihata keruh, pertimbangkan elemen seperti bau dan penglihatan. Gunakan umpan besar dengan bau yang kuat. Penggunaan perambut pendek tidak jadi masalah.

Arus
Arus laju, gunakan perambut panjang. Arus yang akan membawa umpan ke belakang. Arus perlahan, gunakan perambut pendek bagi mengelakkan perambut bersimpul di bawah.


Banyak lagi faktor lain yang mempengaruhi penggunaan perambut. Alah, kalau dah lama ‘terjebak’ dalam bidang pancingan ni, anda semua pasti akan mahir memilih perambut yang sesuai mengikut keadaan! Apa kata anda?


*http://umpan.karangkraf.com/